Monday, January 25, 2010

Sinopsis Jurnal

TAJUK JURNAL :
TAHAP KESEDIAAN GURU SAINS DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

OLEH : MOHD. IZHAM MOHD. HAMZAH & NORAINI ATTAN


SINOPSIS JURNAL :

Dalam meniti era ledakan teknologi maklumat pada alaf ke-21, kebanyakan guru sepatutnya sudah bersedia untuk mengimplementasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi meninjau tahap kesediaan guru dari aspek pengetahuan dan sikap terhadap penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer bagi pengajaran dan pembelajaran sains di dalam bilik darjah.

Sekumpulan guru-guru yang dijalankan kajian ke atas mereka sudah bersedia untuk menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran Sains walaupun pada tahap yang sederhana bagi aspek pengetahuan dan sikap. Semua guru sepatutnya mengambil inisiatif sendiri untuk belajar dan mendalami bidang teknologi memandangkan ianya merupakan satu perubahan yang positif untuk kecemerlangan pelajar.

Peranan teknologi maklumat menjadi begitu penting terutamanya dalam bidang pendidikan sebagai asas penyaluran ilmu antara guru dengan pelajar. Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat seperti komputer, bahan elektronik, Liquid Crystal Display (LCD), kamera video dan sebagainya yang boleh menjadi bahan perantara yang berpotensi dalam menjayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran selaras dengan kemajuan fikiran, kehendak dan teknologi pengajaran.

Teknologi maklumat ini juga dapat memberikan peluang kepada guru dan pelajar untuk meneroka ilmu mengikut kehendak dan tahap pencapaian masing-masing. Kebanyakan guru sudah bersedia untuk mengimplementasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mereka tetapi apa yang menjadi masalah utamanya ialah mereka tidak tahu bagaimana untuk menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penerapan mata pelajaran teknologi maklumat dalam sukatan pelajaran tertentu di peringkat sekolah ialah salah satu inisiatif bagi membolehkan guru-guru membiasakan diri dengan penggunaan teknologi maklumat serta meningkatkan kemahiran dalam bidang teknologi.

Tahap kesediaan guru merupakan aspek penting bagi menangani perubahan ke arah pengajaran dan pembelajaran sains yang berkesan selain merupakan kayu pengukur untuk melihat sejauh mana pemahaman guru tentang teknologi terkini dan mengetahui segala kemahiran menggunakan teknologi tersebut. Selain itu, kesediaan guru juga merupakan salah satu elemen penting yang dapat memainkan peranan untuk membantu pelajar menyesuaikan diri dalam suasana dan kaedah pembelajaran yang baru serta didedahkan dengan penggunaan teknologi yang baru. Sekiranya guru tidak bersedia, maka segala program yang akan dijalankan oleh pihak Kementerian Pelajaran yang melibatkan teknologi baru seperti pelaksanaan sekolah bestari tidak akan dapat dijayakan dengan berkesan.

url jurnal : http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/46/E/JT46EJUN3.pdf

Diharap kawan-kawan dapat memberi ulasan tentang tajuk jurnal ini juga... terima kasih...

7 comments:

  1. pada pendapat saya sememangya penggunaan ict dapat membantu p&p,namun saya juga berpendapat tidak semua lapisan pelajar sesuai untuk belajar melalui talian. terdapat beberapa faktor yang menghalang seperti kemahiran menggunakan komputer dan ketiadaan kemudahan. tahap banyak yang lebih sesuai untuk belajar dalam talian adalah pelajar u shj kerana bg saya mereka mampu untuk mencari alternatif lain jika kemudahan tiada d rumah.

    ReplyDelete
  2. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.
    Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi maklumat berasaskan komputer adalah salah satu penyebab peningkatan prestasi dalam pembelajaran kerana berdasarkan kajian didapati pelajar lebih berminat belajar jika menggunakan komputer.
    Dalam era teknologi yang semakin berkembang,kebanyakan para pendidik sudah mampu menggunakan komputer dan mempunyai pendedahan yang meluas sama ada penggunaan di sekolah atau di rumah. Tidak hairanlah jika dalam mata pelajaran sains penggunaan komputer dapat diperbanyakkan memandangkan semua orang telah mengetahui bagaimana untuk menggunakan teknologi dan kecanggihan ini sudah mampu dimiliki oleh pelajar sendiri.
    Jika pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer ini digunakan secara meluas, saya pasti ia akan mampu meningkatkan lagi prestasi pelajar tetapi harus diingat dengan kecanggihan teknologi ini juga ia mampu merosakkan akhlak sesiapa sahaja jika ianya disalahgunakan. Seharusnya ia dipantau dari masa ke semasa sama ada oleh ibu bapa atau guru bagi memastikan pelajar mampu mengikuti peredaran zaman dengan cara yang positif.

    ReplyDelete
  3. Dewasa ini bidang pendidikan hangat membincangkan isu ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Banyak kajian yang telah dijalankan berdasarkan kepada subjek-subjek yang diajar di sekolah sama ada dari sudut kesediaan guru mahu pun pelajar dalam mengaplikasikan kaedah tersebut.

    Apa yang paling penting dalam melaksanakan kaedah ini adalah kemudahan prasarana yang lengkap dan juga persiapan para guru.Sekiranya prasarana tidak lengkap dan guru-guru masih belum didedahkan dengan kaedah ini maka agak sukar untuk melihat kaedah ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan.

    Tugas seorang guru pada masa kini semakin mencabar.Guru perlu mempelbagaikan kaedah atau teknik pengajaran untuk menarik perhatian pelajar terhadap sesuatu subjek lebih-lebih subjek sains yang memerlukan kepada uji kaji. Justeru, dengan kepesatan teknologi maklumat guru-guru sains perlu menggunakan peluang ini untuk menjadikan subjek sains sebagai satu subjek yang menarik untuk dipelajari.

    Namun, untuk pelaksanaan yang benar-benar memberi kesan kepada pelajar, guru terlebih dahulu perlu mempunyai kesediaan dari sudut kemahiran menggunakan teknologi maklumat.

    ReplyDelete
  4. pada pandangan saya, dalam bidang pendidikan, usaha mempertingkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran harus dipergiatkan bagi melahirkan generasi muda yang celik komputer dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa.

    Beberapa faktor mempengaruhi penerimaan komputer seperti galakan dari pihak pengurusan, penyediaan kemudahan komputer yang mencukupi dan sokongan daripada rakan sekerja.

    ReplyDelete
  5. saya berpendapat, dalam melaksanakan gaya pengajaran dan pembelajaran berbantukan penggunaan multimedia, semua pihak harus memainkan peranan penting. Di pihak Kementerian sendiri harus menyalurkan bantuan dari segi kewangan dan menyediakan kemudahan komputer di setiap sekolah. Pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah harus melengkapkan para guru dengan kemahiran asas tentang ICT dengan memastikan para guru diberi kursus khas tentang penggunaan ICT supaya guru dapat memulakan proses pengajaran dengan lebih berkesan. Para pelajar juga harus bersedia dengan perubahan gaya pembelajaran berbantukan komputer supaya mereka nanti dapat mengaplikasikan dan mendapat manfaat daripada apa yang diajar oleh guru di dalam kelas.

    ReplyDelete
  6. terima kasih semua atas semua ulasan jurnal yang diberikan...

    ReplyDelete

First Son...

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Me and My Hubby...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers