Tuesday, March 9, 2010

Hari Wanita Sedunia


Sahabat-sahabat...
Masa datang dan pergi... pergi dan datang lagi... tak menunggu sesiapa... meninggalkan kita dengan seribu satu dosa dan pahala...

Wahai kaum wanita...
Alangkah lemahnya kita...
kadang-kadang begitu menderita dengan ujian, kadang-kadang pula begitu bangga dengan nikmat... kadangkala terlalu berani dan kadangkala alangkah takutnya... kadang-kadang gigih dan kuat, kadang-kadang sangat malas dan jemu... kadang-kadang begitu penyayang, sering pula pemarah dan tidak sabar... kadangkala bijak membuat keputusan, namun sering jua tewas dengan kebodohan... kadang-kadang ingin sekali menjadi baik, namun tidak kuat melawan nafsu dan syaitan... alangkah lemahnya kita!

Namun ketahuilah... wanita umpama jantung di dalam rumahtangga.. jika jantung diserang penyakit, akan terganggulan kelancaran perjalanan rumahtangga... apa lagi kalau jantung itu tidak boleh berfungsi... akan pincanglah sesebuah rumahtangga...


Moga Rahmat dan Kasih Sayang Allah s.w.t sentiasa bersama kita... diampunkan segala dosa-dosa kita dan dimudahkan segala urusan hidup dan mati kita... semoga kita dan semua kaum wanita berbahagia di dunia dan di akhirat...

"Selamat Hari Wanita "...

Monday, February 22, 2010

Buletin PERMASA

Buletin Persatuan Matematik dan Sains (PERMASA) untuk SMU(A) Tarbiah Mardhiah, Panchor, Kemumin berjaya diterbitkan sebagai salah satu tugasan untuk subjek Teknologi Maklumat dalam Pendidikan...

Berikut muka depan Buletin PERMASA..

Monday, January 25, 2010

Even monkey can do it!!

ATI has posted a new video on YouTube that is sure to go viral. The minute long video shows "Louie the monkey" performing a video card upgrade unassisted, and is entitled "Upgrading graphics - So easy, a monkey can do it!"

Untukmu

Sahabat... dalam kabur
ku tercari-cari cahaya
akhirnya kutemui
sinar ceria di raut wajahmu

andainya alam ini mampu berkata-kata
pastilah pujian buat dirimu
diwaktu itu akulah yang bertuah
punya sahabat sepertimu

sahabat... kau bimbinglah
menuju cahaya Ilahi
sahabat.. .aku lemah
mangharungi ranjau dunia
sabahat... aku ingin
sepertimu dalam ketenangan
menghadapi hidup ini

sahabat.. ku bersyukur
kerana mengenali dirimu
ku harap kita akan terus bersama
menghadapi segala suka duka
moga kejayaan milik kita
agar hidup menuju mulia

-Durrani-

Sinopsis Jurnal

TAJUK JURNAL :
TAHAP KESEDIAAN GURU SAINS DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

OLEH : MOHD. IZHAM MOHD. HAMZAH & NORAINI ATTAN


SINOPSIS JURNAL :

Dalam meniti era ledakan teknologi maklumat pada alaf ke-21, kebanyakan guru sepatutnya sudah bersedia untuk mengimplementasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi meninjau tahap kesediaan guru dari aspek pengetahuan dan sikap terhadap penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer bagi pengajaran dan pembelajaran sains di dalam bilik darjah.

Sekumpulan guru-guru yang dijalankan kajian ke atas mereka sudah bersedia untuk menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran Sains walaupun pada tahap yang sederhana bagi aspek pengetahuan dan sikap. Semua guru sepatutnya mengambil inisiatif sendiri untuk belajar dan mendalami bidang teknologi memandangkan ianya merupakan satu perubahan yang positif untuk kecemerlangan pelajar.

Peranan teknologi maklumat menjadi begitu penting terutamanya dalam bidang pendidikan sebagai asas penyaluran ilmu antara guru dengan pelajar. Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat seperti komputer, bahan elektronik, Liquid Crystal Display (LCD), kamera video dan sebagainya yang boleh menjadi bahan perantara yang berpotensi dalam menjayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran selaras dengan kemajuan fikiran, kehendak dan teknologi pengajaran.

Teknologi maklumat ini juga dapat memberikan peluang kepada guru dan pelajar untuk meneroka ilmu mengikut kehendak dan tahap pencapaian masing-masing. Kebanyakan guru sudah bersedia untuk mengimplementasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mereka tetapi apa yang menjadi masalah utamanya ialah mereka tidak tahu bagaimana untuk menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penerapan mata pelajaran teknologi maklumat dalam sukatan pelajaran tertentu di peringkat sekolah ialah salah satu inisiatif bagi membolehkan guru-guru membiasakan diri dengan penggunaan teknologi maklumat serta meningkatkan kemahiran dalam bidang teknologi.

Tahap kesediaan guru merupakan aspek penting bagi menangani perubahan ke arah pengajaran dan pembelajaran sains yang berkesan selain merupakan kayu pengukur untuk melihat sejauh mana pemahaman guru tentang teknologi terkini dan mengetahui segala kemahiran menggunakan teknologi tersebut. Selain itu, kesediaan guru juga merupakan salah satu elemen penting yang dapat memainkan peranan untuk membantu pelajar menyesuaikan diri dalam suasana dan kaedah pembelajaran yang baru serta didedahkan dengan penggunaan teknologi yang baru. Sekiranya guru tidak bersedia, maka segala program yang akan dijalankan oleh pihak Kementerian Pelajaran yang melibatkan teknologi baru seperti pelaksanaan sekolah bestari tidak akan dapat dijayakan dengan berkesan.

url jurnal : http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/46/E/JT46EJUN3.pdf

Diharap kawan-kawan dapat memberi ulasan tentang tajuk jurnal ini juga... terima kasih...

Tuesday, January 12, 2010

My Personal Blog


Actually sebelum ni saya dah berblogging sebab mempunyai sedikit sebanyak minat dan hobi menulis... namun kekangan masa dan penyakit malas seringkali membuatkan saya agak jarang mengupdate blog...

Kepada teman-teman yang ingin mengenali dan berukhuwah dengan saya, bolehlah ziarah ke url blog saya iaitu http://www.munadib.blogspot.com/ . Blog ini merupakan personal blog saya yang isinya boleh dikongsi dengan dunia insyaAllah...

Selain tulisan untuk melepaskan apa yang ada dalam fikiran dan hati, saya juga menulis berkenaaan family untuk memudahkan saya mengimbau detik-detik manis dan pahit yang telah berlaku dalam hidup... pengalaman sangat berharga untuk dilupakan...

InsyaAllah di blog ini pula, iaitu 'DPYIK - ICT in Education', saya akan lebih tumpukan kepada entry berkenaan pendidikan dan pembelajaran... juga entry berkaitan Diploma Pendidikan UUM-YIK...

Terima kasih kepada En. Hasnan yang sudi mengajar kami yang sudah berumur ini ;)...
Good luck teman-teman... belajar sepanjang hayat...

Sunday, January 10, 2010

Tugasan Jurnal Pendidikan

Berikut URL jurnal yang saya perolehi berkenaan Teknologi maklumat dalam Pendidikan..

http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/46/E/JT46EJUN3.pdf

Tajuk Jurnal : Tahap Kesediaan Guru Sains dalam Penggunaan Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Diharap sahabat-sahabat dapat memberi ulasan untuk tajuk jurnal ini... terima kasih...

Selamat Datang

Assalamualaikum.

Blog ini dibangunkan khusus untuk subjek Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan bagi kursus Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Universiti Utara Malaysia - Yayasan Islam Kelantan.

Berikut maklumat pensyarah saya:

En. Hasnan Hassan
Bidang Pengajian Pendidikan
College of Arts and Science (CAS)
Universiti Utara Malaysia

Email : nan1184@uum.edu.my
No. tel : 013-4400271
Blog : www.myclassyik.blogspot.com

Sedikit berkenaan saya,
Nama : Munirah Binti Embong
No.matrik : 202059
Kursus : Matematik
Email : munirah.embong@gmail.com

Selamat belajar pada teman-teman seperjuangan...

First Son...

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Me and My Hubby...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers