Tuesday, March 9, 2010

Hari Wanita Sedunia


Sahabat-sahabat...
Masa datang dan pergi... pergi dan datang lagi... tak menunggu sesiapa... meninggalkan kita dengan seribu satu dosa dan pahala...

Wahai kaum wanita...
Alangkah lemahnya kita...
kadang-kadang begitu menderita dengan ujian, kadang-kadang pula begitu bangga dengan nikmat... kadangkala terlalu berani dan kadangkala alangkah takutnya... kadang-kadang gigih dan kuat, kadang-kadang sangat malas dan jemu... kadang-kadang begitu penyayang, sering pula pemarah dan tidak sabar... kadangkala bijak membuat keputusan, namun sering jua tewas dengan kebodohan... kadang-kadang ingin sekali menjadi baik, namun tidak kuat melawan nafsu dan syaitan... alangkah lemahnya kita!

Namun ketahuilah... wanita umpama jantung di dalam rumahtangga.. jika jantung diserang penyakit, akan terganggulan kelancaran perjalanan rumahtangga... apa lagi kalau jantung itu tidak boleh berfungsi... akan pincanglah sesebuah rumahtangga...


Moga Rahmat dan Kasih Sayang Allah s.w.t sentiasa bersama kita... diampunkan segala dosa-dosa kita dan dimudahkan segala urusan hidup dan mati kita... semoga kita dan semua kaum wanita berbahagia di dunia dan di akhirat...

"Selamat Hari Wanita "...

2 comments:

  1. alangkah bersyukurnya kerana Allah yang mencipta kita sebagai wanita...lebih2 lagi apabila menjadi seorang isteri dan ibu

    ReplyDelete
  2. selamat hari wanita....
    semoga kita semua bersyukur dengan pemberiaan Allah S.W.T. semoga Allah sentiasa merahmati dan menolong kita jika kita dalam kesusahan....

    ReplyDelete

First Son...

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Me and My Hubby...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers